Variasi kenangan dalam 2013

Assalamualaikum.

Sejujurnya, 2013 adalah tahun yang sangat banyak kenangan manis.

Dan pahit.

Aku berhasrat untuk lupakan segalanya. Tapi aku tahu, bukan senang. Biarkan jelah gambar di bawah yang menceritakan segalanya.


Gambar: Shahila Shaini (terima kasih ^^)

     Gambar ni ditangkap masa Temenggung adalah Juara dalam Sukan Dan Balapan Padang kali ke 48 tapi ni gambar sebelum diumumkan jadi Juara hihihi ok dah.


Gambar: Nik Amilin Aimi (mekaseh ok)

    Raya 2013. Ada yang ada dalam ni. Ada yang tak ada. Raya kedua. Cuba cari mana aku hahahahha takkan jumpa.

Gambar: Shahila Shaini.

    Korang takkan jumpa aku haha (lainlah yang memang kenal aku siapa). Yang penting, aku perempuan. Ok. Ni gambar kelas bagi tahun 2013. Kelas pertama. Kelas arab. Kelas 2 Alfarabi. Kelas yang paling aku sayang. Kelas atas kayangan (siapa faham benda ni, tahniah) dan Kelas yang paling banyak kerenah (bagi akulah)

Gambar: Siti Hafsah (thanks  )
       Horizon Garden Restoran. Ni tempat jamuan kelas aku diadakan. Lepas tu, kitaorang pergi Mall, jalan-jalan. Sungguh memenatkan tapi sangat seronok sebab dapat spend time dengan kawan-kawan. Mak aku izinkan aku pergi. First time dia beri keizinan. Sebelum ni tak pernah pun. Itupun sebab ada sekali guru kelas pergi. Kalau tak, takkan boleh pergi. Tapi jadi lain pulak. Ramai cikgu yang perli-perli kitaorang sebab kitaorang buat jamuan kelas jauh-jauh lepas tu, tak ajak. Sejujurnya, kitaorang pun tak tahu yang cikgu nak ikut sekali sebab kitaorang pergi naik bas dan kos tanggungan semua tu kitaorang yang bayar (cuma ada yang guru kelas tambah sikit) Ingatkan, taknak ungkit pasal benda ni tapi cikgu-cikgu cerita sampai penghujung hari persekolahan pun diorang cerita lagi pasal benda ni. Tapi, kitaorang tak kisah. Sorry.


   Ada lagi sorang sahabat aku yang tak ada dalam gambar. Sebenarnya, ada ramai yang tak ada dalam gambar ni. Sahabat Ukhwah Fillah. Last sekolah, aku je yang bawa kamera. dan aku apa lagi, tangkap gambar kenangan. Rindu diorang. Tapi lusa, jumpa juga. InsyaAllah.

Gambar: Izzati Suffiah (syukran!)

   Kem Remaja Muslim. Best sangat-sangat. Aku kenal ramai orang baru. Aku hafal banyak perkara dan alhamdulillah sampai sekarang aku masih ingat lagi hafalan tu. 



     Taekwondo WTF. Akhirnya, selama 4 tahun aku tahan keperitan, aku sabar dengan semua lawan, dapat juga aku merasa dapat first poom iaitu tali pinggang merah hitam. Dan aku tak sambung dah lepas tu (tak berhasrat nak sambung pun) 

Habis sudah kenangan 2013. Aku tahu, aku kena lupakan semua ni dan mulakan hidup baru. Masa tak berputar kembali ke belakang kan? Jadi, buat apa aku ingat lagi. Buat apa aku katakan lagi. Biar lah semuanya tersimpan dalam ingatan.


Gambar: weheartit.com

Coretan SDN. BHD.
Nik Amalia Aimi, 99