Sekadar Monolog.

Assalamualaikum.

Futur sebab banyak masalah. Tapi masih dapat bertahan. Aku asyik bermonolog. Mungkinkah esok akhirat? Hm.

Mungkin terlalu kuat bertahan di langit sampai lupa lama kelamaan akan jatuh ke bumi juga.

Ehem.

Aku suka tegur orang. Bila aku tegur, that means aku tegur diri aku juga. Tapi bila orang taknak dengar teguran kita. Itu hak dia, kan?

"Kadang-kadang kawan kita tegur kita buat kesalahan supaya kita sedar kesalahan kita apa. Kawan kita nak kan kita berubah supaya sama-sama dapat buat kebaikan. Ni asyik fikir kawan nak perfect semua tu, tak menjadi jugak" - ustzh.

Cukuplah aku, kau jadikan contoh. Aku dah banyak kali merana. Bila aku throwback kan balik hidup aku yang penuh kejahilan tu, kau tahu dah apa yang kau patut buat. Bukannya sambung generasi dunia kejahilan aku tu.

Aku cakap sebab aku sayang. Sayang kau.

Aku nak kau berubah sebab kita dua-dua ada chemistry. Kita berdua ada pengalaman yang sama. Kau baru di peringkat awal. Kau boleh berubah.

Nampak macam aku paksa. Memang. Sebab kalau aku tak paksa, tak menjadi kan? Aku tahu betapa kerasnya hati aku, betapa kerasnya hati kau. Dua-dua ego.

Kau minta maaf. Kawan, sesungguhnya kau patut tahu.

Bukan maaf yang aku pinta. Hanya sedikit perubahan. Aku seolah olah boleh nampak dosa tu sikit demi sedikit masuk dalam badan kau (SEOLAH-OLAH JE). Aku taknak. Aku taknak kawan aku merana.

Aku tahu, kita dah cukup matang untuk fikir mana buruk, mana baik. Mungkin kau hidup dalam penuh kesunyian. Kawan, kita takkan sunyi kalau kita sentiasa dengan Allah. Aku boleh jamin semua tu.

Tak percaya? Buka alquran. Tak pun, tahajud. Dijamin, kau gembira betul. Bukan gembira fake.

Kawan,
Mungkin kau tak percaya.
Aku, banyak kali terfikir tentang kau.
Mungkin ketika aku dalam kejahilanku, kau turut di sisiku. Dengar luahanku yang tak berpadu. Berikan nasihat yang cukup tepu.
Tak ada guna semua tu, kawan. Tak pernah sedikit pun menaikkan semangatku.
Sebab, semangatku terletak hanya satu.
Iaitu Allah Azza Wajalla. Itu lah semangat aku.

Cukuplah memasukkan diri kau di dalam dunia kejahilan. Kembalillah ke dunia kecerahan. Di mana cinta kau hanya terletak pada DIA.

Berilah contoh terbaik untuk keluarga kau. Sekali pun kau taknak dengar semua luahan aku, aku nak kau tahu. Aku jamin kita boleh hidup bahagia tanpa lelaki dalam hidup. Lelaki hanya sampingan.

Kau nak kami, mehh sini. Pintu sentiasa terbuka untuk kau.


-Sekadar monolog di malam pertama Rejab.-

Salam








Percintaan Duniawi.

Worldly life.
                                                                    Assalamualaikum.

Penat menunggu hari yang sesuai untuk update benda yang bersarang ni (ceh) . And penat memikir apalah yang budak ni nak buat kali ni.

Entahlah. Tak tahu kenapa tetiba rasa macam nak update pasal duniawi yang lagha ni. Terlalu cinta akan dunia sampai akhirat tak ada bekalan? Sangat deep maksudnya tu.

Kadang-kadang, aku sendiri terlalu suka akan kesibukan dunia. Sanggup mencari-cari serpihan dunia yang takkan pernah cukup untuk aku. Bila dah bagi betis, nak paha. Haa gitu.

Kadang-kadang, aku selalu mengeluh bila ditimpa ujian. Aku berfikir sejenak, apakah maksud sebenar dunia ni jika tak ada ujian yang harus ditempuhi? Dunia ni akan jadi kosong. Tak bermakna. Sikit pun. Ujian ni akan merapatkan lagi kita dengan DIA. Taknak ke kita?

Ingat.

Iman kita belum cukup penuh. Kalau orang yang bertutup litup pun belum tentu masuk syurga, apatah lagi kita?


Fikir dan sedarkan diri.




Aku.
Banyak ujian yang aku kena tempuhi. Belum siap satu, ada lagi satu. Tapi aku tahu, itu dunia. Aku sedarkan diri. Ini baru ujian. BARU UJIAN DUNIA. Baru sikit.





"Jangan terlalu sukakan hal dunia. Sampai terlupa akhirat. Bekalan banyak di dunia. Di akhirat macam mana?"



Nik Amalia Aimi,99
SDN. BHD.

Study,study,study.

Assalamualaikum.

"Orang yang asyik menangguh kerja akan terpaksa menanggung lagi banyak kebodohan"


   Deactivated twitter. Hah, berat hati sebenarnya sebab (idk why) but I really love twitter. Almost everyday aku update tweet. Tak kira apa pun, aku update (tapi ada hari-hari yang aku tak update) . Yes since aku dah form 3 tahun ni so, kena berkorban masa lah. Deactivate twitter adalah perkara yang paling aku tak boleh buat tapi aku tahu, kalau aku masih berterusan nak main, main, main twitter, sampai kesudah aku tak study. Aku bukan jenis yang suka study tapi aku kena study. Acah-acah rajin lah konon eheh.

   First day kat sekolah. Macam biasa je. Tak ada apa yang special tapi ada satu yang 'best'. Even kitaorang tak bawak buku tapi pelajaran tetap berjalan. Rajin tak rajin cikgu sekolah aku. Ada yang tak boleh pick-up , ada yang boleh. Biasalah first day memang macam sengal sikit. Its ok. InsyaAllah lama-lama boleh lah pick up. Dari segi pakaian, fizikal dan mental, ramai berubah. Tudung labuh, pakai spek, perangai pun dah ok (dah matang) maksudnya sedar dirilah yang dah nak exam susah tahun ni. Great.

   Ramai dah ambil langkah awal untuk berubah. Baguslah macam tu. Lagipun, kitaorang first class. Kelas arab pulak tu. Kenalah jaga adab. Tahun ni, alhamdulillah aku tak ambik apa apa jawatan dalam kelas. Aku bukan reti nak pegang tanggungjawab.

Aku pelik.

Kenapa aku update blog macam ni? Haha tak ada kerja.
Mungkin bosan.

"Study lah weh even baru awal tahun"

Study lah ni. Jap agi.

    Mungkin sampai sini je kot. Tengoklah kalau aku nak update lagi post yang best-best pasal life cycle (eceh). Dakwah? Still berjalan tapi mungkin tak selalu sebab satu-satunya account dakwah dah deactivate so, maybe dakwah kurang sikit.

Iman?

    Yang tu kena selalu 'mantop'. Mana boleh lemah. Mana boleh jatuh. Biarlah terus berdiri. Walaupun orang nak cakap apa pun, aku ok. Aku takpe. Aku ada Allah. Lek.

Nanti update lagi insyaAllah kalau ada masa, kalau ada umur yang panjang. Wassalam.