Futur sebab banyak masalah. Tapi masih dapat bertahan. Aku asyik bermonolog. Mungkinkah esok akhirat? Hm.
Mungkin terlalu kuat bertahan di langit sampai lupa lama kelamaan akan jatuh ke bumi juga.
Ehem.
Aku suka tegur orang. Bila aku tegur, that means aku tegur diri aku juga. Tapi bila orang taknak dengar teguran kita. Itu hak dia, kan?
"Kadang-kadang kawan kita tegur kita buat kesalahan supaya kita sedar kesalahan kita apa. Kawan kita nak kan kita berubah supaya sama-sama dapat buat kebaikan. Ni asyik fikir kawan nak perfect semua tu, tak menjadi jugak" - ustzh.
Cukuplah aku, kau jadikan contoh. Aku dah banyak kali merana. Bila aku throwback kan balik hidup aku yang penuh kejahilan tu, kau tahu dah apa yang kau patut buat. Bukannya sambung generasi dunia kejahilan aku tu.
Aku cakap sebab aku sayang. Sayang kau.
Aku nak kau berubah sebab kita dua-dua ada chemistry. Kita berdua ada pengalaman yang sama. Kau baru di peringkat awal. Kau boleh berubah.
Nampak macam aku paksa. Memang. Sebab kalau aku tak paksa, tak menjadi kan? Aku tahu betapa kerasnya hati aku, betapa kerasnya hati kau. Dua-dua ego.
Kau minta maaf. Kawan, sesungguhnya kau patut tahu.
Bukan maaf yang aku pinta. Hanya sedikit perubahan. Aku seolah olah boleh nampak dosa tu sikit demi sedikit masuk dalam badan kau (SEOLAH-OLAH JE). Aku taknak. Aku taknak kawan aku merana.
Aku tahu, kita dah cukup matang untuk fikir mana buruk, mana baik. Mungkin kau hidup dalam penuh kesunyian. Kawan, kita takkan sunyi kalau kita sentiasa dengan Allah. Aku boleh jamin semua tu.
Tak percaya? Buka alquran. Tak pun, tahajud. Dijamin, kau gembira betul. Bukan gembira fake.
Kawan,
Mungkin kau tak percaya.
Aku, banyak kali terfikir tentang kau.
Mungkin ketika aku dalam kejahilanku, kau turut di sisiku. Dengar luahanku yang tak berpadu. Berikan nasihat yang cukup tepu.
Tak ada guna semua tu, kawan. Tak pernah sedikit pun menaikkan semangatku.
Sebab, semangatku terletak hanya satu.
Iaitu Allah Azza Wajalla. Itu lah semangat aku.
Cukuplah memasukkan diri kau di dalam dunia kejahilan. Kembalillah ke dunia kecerahan. Di mana cinta kau hanya terletak pada DIA.
Berilah contoh terbaik untuk keluarga kau. Sekali pun kau taknak dengar semua luahan aku, aku nak kau tahu. Aku jamin kita boleh hidup bahagia tanpa lelaki dalam hidup. Lelaki hanya sampingan.
Kau nak kami, mehh sini. Pintu sentiasa terbuka untuk kau.
-Sekadar monolog di malam pertama Rejab.-
Salam