Hawa

Wahai Hawa,
Ketahuilah bahawa Allah amat menyayangimu,
diciptakan dirimu dengan sebaik-baik kecantikan,
diperindahkan dirimu dengan hati yang penuh kasih sayang,
disediakan mahkota istimewa buat dirimu,
itulah mahkota solehah,
yang menjadikan dirimu jauh lebih mulia dari sang bidadari syurga.

Wahai Hawa,
Ketahuilah bahawa mulianya dirimu itu,
Maka bersungguhlah dirimu untuk mendapat syariat Allah,
peliharalah hubunganmu dengan Allah dengan solat & zikir,
perhiaskanlah dirimu dengan ilmu yang bermanfaat,
dengan itu,
InsyaAllah tempatmu berada di pintu syurga firdaus

Ketahuilah,
jika kamu solehah,
kamu telah menggembirakan Sayyidina Rasulullah s.a.w


-Kerana Dirimu Begitu Berharga-


Sumber-weheartit

The End of School Day in 2013

Assalamualaikum.

Dah sampai masanya untuk kita semua berpisah,
Walaupun hati tidak pernah berubah,
Kita sama, kita serupa,
Tiada yang berbeza.
Hati dan jiwa.

Hidup penuh pancaroba,
Kita hadapi bersama,
Segala kejian yang dilontarkan,
Kita tidak mengendahkan.

Kerana kita,
Kita adalah satu.
Satu dalam seribu.

Jika tiada kamu,
Hidup sunyi,
Hidup pilu.
Tanpamu...........


Sayang kamu semua selamanya.
Kita kekal.
Satu persahabatan. Satu ukhwah.





Salam Hijrah

   

Walaupun dah lama dah ma'al hijrah tapi di kesempatan ini, aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah untuk semua muslimin yang mengenali aku ataupun tidak. Kita tetap sama.

Semua orang tahu, hijrah ni berubah. Berubah kepada banyak aspek. Dan aku tahu, ramai yang ambil kesempatan untuk berubah pada hari yang penuh keberkatan ni. Aku pun. Tapi orang lain yang tak pernah rasa nak berubah tu macam mana pulak? Diorang akan berasa sangsi dengan itu ini. Aku tahu, ramai yang tak percaya seorang 'color floral' ni dah berubah. Dulu tak suka pakai handsock sebab panas, suka bergalak tak ingat dunia haih zaman jahiliyah semua benda boleh jadi. Tapi sekarang, satu demi persatu aku cuba untuk istiqamah. Alhamdulillah. Sekarang dah lekat dah semua aspek ibadah. Nak buat yang terbaik lagi insyaAllah.

"Cakap lebat itu ini. Dakwah usrah lah apa lah. Tapi buatnya tidak"

Sesiapa yang nak berhijrah tu akan merasa benda yang sama yang aku rasa. Sentap. Ye betul sentap. Orang yang cakap tu memang betul. Buat apa berdakwah itu ini tapi tak buat semua tu? Jadi aku random kan tweet aku (aku memang twitter hardcore) ada cerita persahabatan, islam, nasihat yang aku juga buat semua tu. Best bila dah pandai nasihat kan diri sendiri dan orang lain. Nampak macam iman terbuka. hati pun terbuka sama untuk terima ajaran islam yang sebenar-benar nya. Moga sentiasa beristiqamah dalam hal ni. Aamiin ya Rabbal alamin.