Entry kali ni pelik. Sikit. Err, sebelum tu...
"Jika sedang marah, lebih baik pergi ambil wuduk kerana air itu musuh syaitan. Kemarahan datangnya daripada syaitan maka, padamkan lah ia dengan berwuduk"
Aku juga manusia biasa.
Sekarang aku masih lagi dalam istiqamah. Masih dalam proses untuk baiki diri. Kau ingat senang? Kau ingat mudah je nak istiqamah kan satu perkara? Dengan kata cacian yang setiap masa datang. Kau ingat senang nak hadapi semua tu? Rasa macam.....
Tapi aku tahu. Aku masih lagi perlu bersabar.
Dulu aku sangat pemarah sampai semua benda aku rasa macam nak baling, nak hempas. Yes. Lepas tu baru rasa lega. Tapi apa yang terjadi selepas tu? Hanyalah sia-sia. Aku marah pada perkara yang mengada-ngada. Pada perkara yang lagha. Sebab,
Syaitan rasuk aku. Syaitan tidaklah kuat mana tapi disebabkan iman aku pun tak kuat, syaitan mula cuba nasib dan dia berjaya. Dia berjaya buat aku marah.
Aku terdiam. Diam diam diam dan terus berfikir....
"Sampai bila aku nak jadi macam ni? Sampai bila aku nak suruh syaitan kuasai hati aku?"
Aku cuba bangkit. Dan aku cuba kawal diri aku. Cuba. Belum tentu berjaya, tapi "dok tera dok tahu"
Dan alhamdulillah. Aku marah sekuat mana pun, aku tahu, tak ada guna aku nak marah. Ya memang betul aku marah tapi aku pendam dalam hati dan aku berkata dalam hati "Takpa. Jangan terlalu marah. Sabar, sabar"
Kesimpulannya di sini. Walaupun kita marah sekuat mana pun, kita takkan pernah tenang. Sebab syaitan dah ada dalam diri kita. Memang. Memang kita akan berpuas hati selepas kita melepaskan kemarahan tu tapi cuba fikir, tenaga kita. Usaha kita untuk tak marah tu akan hilang macam tu je. Nak ke macam tu? Hanya muslim sejati je yang faham perasaan macam ni. Perasaan nak kawalkan diri antara marah atau iman.....
Coretan SDN BHD,
Nik Amalia Aimi, 99
.gif)